Cari @ Amanz

Huawei Nova 9 merupakan peranti berspesifikasi pertengahan menerusi janaan Snapdragon 778G, di samping turut menyasarkan kepada pengguna dalam generasi muda.

Bagi yang berminat dengannya, Huawei sekali lagi mengemaskini harga jualan untuk peranti yang kini dijual pada RM1,599. Melaluinya ia menerima potongan harga RM200 lebih murah berbanding sebelum ini iaitu RM1799. Ia boleh didapati menerusi kedai atas talian rasmi Huawei, Lazada dan Shopee bermula hari ini.

Huawei Nova 9 dilengkapi skrin OLED 6.57-inci FHD+ 120Hz, Snapdragon 778G 4G, memori 8GB RAM dan storan dalaman 256GB. Bateri pula sebesar 4,300mAh yang menyokong pengecasan Huawei 66W SuperCharge. Sistem kuad-kamera utama terdiri dengan 50MP (f/1.9) (utama) + 8MP (f/2.2) (ultra-lebar) + 2MP (f/2.4) (kedalaman) + 2MP (f/2.4) (makro). Sementara itu, kamera hadapan pula 32MP (f/2.0).

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd