Realme 9i 5G Akan Dilengkapi Cip MediaTek Dimensity 810

Diterbitkan pada Ogos 7, 2022. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Realme 9i telah dilancarkan sebelum ini dengan sokongan 4G terbina menerusi janaan cip Snapdragon 680. Di samping itu, beberapa ciri dan fungsi lain yang turut disertakan adalah skrin 90Hz, bateri 5000mAh dan sistem tri-kamera dengan sensor utama 50MP. Di Malaysia, ia boleh dibeli pada harga bermula RM799 sebuah.

Terkini model kemas kini untuk peranti ini bakal dilancarkan tidak lama lagi. Perubahan ketara terletak pada penggunaan cip MediaTek Dimensity 810 sekaligus menjadikannya peranti dengan 5G terbina. Dalam masa sama, reka bentuk peranti turut dikemaskan dengan tubuh berkotak bersama skrin sejenis rata dan sisi yang membulat.

Panel belakang pula memperlihatkan sistem tri-kamera utama yang ditempatkan dalam tiga bonggol kamera berbeza untuk setiap satu lensa. Bukan itu sahaja, pengimbas cap jari sisi turut disokong pada peranti ini bertujuan untuk sekuriti.

Ini sahaja maklumat mengenai peranti yang diketahui buat masa ini. Untuk lebih lanjut, sama-sama nantikan pelancaran rasmi untuk Realme 9i 5G pada 18 Ogos 2022 nanti.

komen


© Amanz / 2022 Kami