Kerangka PC Ini Dilengkapi Sebuah Akuarium

Diterbitkan pada Ogos 7, 2022. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Telefon pintar ialah peranti hibrid yang menggabungkan telefon selular, komputer mudah alih, pemain media dan pelayar Internet dalam satu. Dengan semakin banyak produk hibrid di pasaran, tidak mengejutkan Metalfish, sebuah firma dari China kini menawarkan kerangka PC Y2 yang mempunyai tangki akuarium ikan di bahagian atas.

Ini bukan kerangka gimik tetapi sebuah kerangka PC dengan papan induk bersaiz Micro-ATX atau Mini-ITX. Terdapat dua kipas penyejuk dan sistem LED terbina untuk menjadikan kerangka ini menarik di atas meja. Di bahagian atas terdapat akuarium akrilik berkapasiti 13 liter lengkap dengan sistem oksigen dan juga lampu UV bagi memastikan tumbuhan dalam akuarium boleh hidup dengan baik.

Sistem lampu LED RGB untuk bahagian PC dan akuarium boleh dikawal dengan sebuah alat kawalan jauh. Untuk memudahkan proses membaiki PC, talam untuk komponen komputer dengan mudah boleh melungsur keluar. Kerangka PC MetalFish Y2 dengan akuarium ini dijual pada harga $75 (~RM334) sebuah

komen


© Amanz / 2022 Kami