NASA Ingin Menggunakan Angkasawan Pencen Sebagai Pelatih Pelancong Ke ISS

Diterbitkan pada Ogos 8, 2022. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Dianggarkan terdapat sekitar 200 angkasawan pencen dari NASA yang masih hidup. Dengan Stesen Angkasa Antarabangsa (ISS) akan menawarkan peluang kepada orang awan untuk menjadi pelancong angkasa lepas, NASA akan menggunakan khidmat angkasawan pencen untuk menjadi pelatih dan pemandu pelancong.

Keputusan diambil selepas menerima maklum balas krew ISS yang menerima lawatan pelancong angkasa dari Axiom Space pada April lalu. Krew berkata tugas menjaga pelancong dan melatih mereka adalah terlalu membebankan dengan mereka turut perlu melakukan tugasan harian ISS.

Angkasawan pencen yang berpengalaman boleh membantu pelancong melakukan latihan di bumi sebelum mereka ke ISS dan kemudian memastikan mereka tidak mengganggu tugas krew sepanjang tempoh lawatan.

Dengan Axiom Space akan menyambungkan modul studio perfileman dan hotel ke ISS dalam masa beberapa tahun sahaja lagi, usaha mengurangkan beban kepada krew sebenar harus diambil sekarang. Penawaran pakej kepada pelancong oleh NASA terpaksa dilakukan kerana kerajaan A.S akan mengurangkan dana yang diberikan kepada agensi supaya mereka lebih berdikari.

komen


© Amanz / 2022 Kami