Samsung pada hari ini sedia menerajui pasaran telefon dengan skrin boleh-lipat. Bergerak kehadapan, Samsung kini dilaporkan dalam persiapan untuk memperkenalkan tablet dengan skrin-boleh lipat mereka.
Samsung dijangka memperkenalkan tablet dengan skrin boleh-lipat pertama mereka dalam masa sekitar enam bulan lagi. Ia juga mungkin diperkenalkan bersama-sama tablet Galaxy Tab S9 kelak.
Buat masa ini, info penuh berkaitan dengan tablet boleh-lipat ini tidak diketahui lagi. Samsung sebelum ini sedia memperlihatkan beberapa prototaip untuk skrin boleh-lipat mereka.
Untuk minggu ini, kita akan melihat pengenalan Galaxy Z Fold 4 dan Flip 4 secara rasminya, dan mungkin mendengar lanjut berkenaan tablet boleh lipat ini selepas itu.
- Sumber : SamMobile