Cari @ Amanz

Sejak pandemik bermula, Apple melakukan kesemua acara pelancaran mereka secara atas talian. Acara maya yang mereka lakukan mempunyai kualiti produksi yang sangat menakjubkan sehingga menjadi ikutan pengeluar lain. Walaupun pandemik sudah memasuki fasa endemik di kebanyakan negara dunia, Mark Gurman dari Bloomberg berkata acara pelancaran iPhone 14 masih akan dilakukan secara maya.

Menurut beliau Apple telahpun memulakan produksi untuk video pelancaran secara maya iPhone 14. Besar kemungkinan acara fizikal di kampus Apple akan hanya dihadiri kumpulan kecil media dari Amerika Syarikat seperti yang dilakukan ketika WWDC pada Jun lalu. Acara fizikal masih lagi perlu kerana memberikan akses kepada peranti lebih awal sebelum produk mula dilancarkan kepada pengguna.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd