Huawei MatePad Pro 11″ Akan Ke Pasaran Malaysia Pada 19 Ogos 2022

Diterbitkan pada Ogos 8, 2022. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Pada acara Huawei APAC Smart Office Launch 2022 di Bangkok tempoh hari, salah satu produk terkini yang telah diumumkan adalah MatePad Pro 11″. Ia merupakan sebuah tablet yang hadir dengan dua pilihan cip pemprosesan menerusi Snapdragon 870 dan Snapdragon 888 tanpa kebolehan 5G.

Di samping itu, reka bentuk tablet ini juga memberi sedikit kelainan dengan padanan kamera berbentuk bulat pada panel belakang. Dalam masa sama, kami turut sempat mengujinya dalam masa singkat menerusi artikel pandang pertama sebelum ini.

Bagi yang berminat dengan tablet ini, Huawei telah berkongsi lebih lanjut mengenai penawarannya untuk pasaran tempatan. Melaluinya, ia menunjukkan tablet ini bakal tiba pada 19 Ogos 2022 dan laman iklan rasmi untuknya turut telah diterbitkan.

Spesifikasi penuh turut telah disenaraikan tanpa sebarang maklumat mengenai harga jualan peranti. Seperti biasa, persoalan ini akan terjawab selepas ia ditawarkan secara rasminya kelak. Jadi, sama-sama kita nantikan.

komen


© Amanz / 2022 Kami