Cari @ Amanz

Razer melancarkan dua pelapik tetikus di Malaysia hari ini iaitu Razer Strider Chroma dan Razer Goliathis Chroma 3XL. Kedua-dua pelapik tetikus ini bersaiz besar bagi menawarkan permukaan yang licin untuk tetikus berfungsi.

Razer Strider Chroma ialah pelapik dengan permukaan keras bersaiz 900mm x 370mm dengan ketebalan 4mm. Dengan saiz yang besar pengguna boleh meletakkan kedua-dua papan kekunci dan tetikus di atasnya tanpa masalah. Pada bahagian bawah pula terdapat permukaan bertekstur untuk memastikan ia akan kekal kemas pada permukaan meja.

Strike Chroma turut dilengkapi sistem lampu RGB dengan terdapat 19 zon lampu berbeza yang boleh memaparkan 16.8 juta warna dengan kawalan Razer Chroma. Permukaan pelapik ini juga kalis air dan melengkung bagi memastikan ia dapat digunakan untuk tempoh yang lama. Harga jualan Razer Strider Chroma dijual pada harga RM509.

Razer Goliathis Chroma 3XL pula ialah pelapik dengan permukaan keras bersaiz 1200mm x 550mm dengan ketebalan 4.5mm. Saiz yang cukup besar ini membolehkan ia menutup seluruh permukaan meja. Permukaan Goliathis Chroma 3XL adalah lembut menjadikannya sesuai untuk tetikus laser dan bebola. Bahagian bawah pula diperbuat daripada getah bagi memastikan ia kekal pada permukaan meja.

Strike Chroma uga turut dilengkapi sistem lampu RGB dengan kawalan Razer Chroma. Harga jualan Razer Goliathis Chroma 3XL dijual pada harga RM649.

© 2023 Amanz Media Sdn Bhd