Carian
Ambank Mengaktifkan Laman Penawaran Apple Pay Di Malaysia
August 8, 2022 Aman

Ambank kini dilihat telah menerbitkan halaman khusus pada laman rasmi mereka, menyatakan Apple Pay kini telah tiba di Malaysia.

Melalui Apple Pay, pengguna boleh pautkan kad kredit atau debit ke peranti Apple, seperti iPhone, Apple Watch, iPad dan Mac. Seterusnya, pengguna boleh melakukan pembayaran terus menggunakan peranti tanpa mengeluarkan kad atau dompet.

Ambank turut menyediakan beberapa promosi khusus untuk pengguna, termasuk penawaran pulangan tunai untuk belanja pertama menggunakan Apple Pay.

Buat masa ini, laman berkenaan masih tidak menawarkan info penuh, dan terdapat beberapa info tidak jelas – seperti pulangan tunai RM50, tetapi dihadkan kepada RM20. Disamping itu, laman FAQ juga tidak boleh diakses lagi. Dengan penerbitan ini, ia sekaligus memperlihatkan Apple Pay akan dilancarkan di Malaysia pada minggu ini.

Apple sendiri masih tidak mengemaskini laman penawaran Apple Pay mereka buat masa ini.

Komen