#LG

LG Ultra Tab Dilancarkan Secara Rasmi Dengan Cip Snapdragon 680

Diterbitkan pada Ogos 8, 2022. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Tablet LG Ultra Tab telah dilancarkan secara rasminya di Korea Selatan dengan janaan cip Snapdragon 680. Di samping itu, tablet ini turut memuatkan sejumlah ciri utama lain seperti skrin bersaiz 10.35-inci dan bateri berkapasiti 7,040mAh.

Untuk lebih khusus, LG Ultra Tab menggunakan skrin sejenis IPS LCD ( 2000 x 1200 piksel) dengan nisbah aspek 5:3 dan kadar segar semula standard 60Hz. Memori 4GB RAM, storan dalaman 64GB dan bateri 7040mAh turut digunakan pada tablet. Slot tambahan menggunakan microSD turut tersedia untuk ruangan tambahan.

Kamera utama sebesar 8MP, manakala kamera hadapan pula 5MP. Tidak ketinggalan, terdapat empat pembesar suara yang digunakan dan LG turut menawarkan sokongan stylus pada tablet ini. LG Ultra Tab dijual pada KRW 4,26,000 (~RM1,456) dan ia terhad untuk pasaran Korea selatan sahaja buat masa ini.

komen


© Amanz / 2022 Kami