Cari @ Amanz

Siri Redmi K bakal dikemaskini dengan penawaran baharu tidak lama lagi. Melaluinya, Redmi K50 Extreme Edition bakal diperkenalkan dan perkara ini dikongsi sendiri oleh pihak Redmi menerusi kemas kini terbaharu di Weibo. Salah satu ciri utama pada peranti telah disahkan di mana cip Snapdragon 8+ Gen 1 akan digunakan. Malahan pelancarannya juga dikatakan bakal berlangsung sekitar Ogos ini.

Berdasarkan jangkaan awal peranti mungkin dilengkapi skrin 6.7-inci AMOLED FHD+ 120Hz, sensor utama 200-Megapixel dan kamera swafoto 8-Megapixel. Di samping itu, memori sehingga 12GB RAM, storan dalaman mencapai 256GB dan bateri 5,000mAh yang menyokong pengecasan 120W dijangka turut disertakan pada peranti.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd