Cari @ Amanz

Tecno Camon 19 Neo telah dilancarkan secara rasmi di Malaysia pada awal julai yang lalu. Ia dijual pada RM849 sebuah dengan pilihan warna seperti Eco Black dan Ice Mirror. Sebagai tambahan, ia kini ditawarkan dalam pilihan warna baharu dikenali sebagai Dreamland Green dengan tanda harga yang sama. Bagi yang berminat, ia boleh didapati bermula hari ini namun hanya terhad kepada 50 unit sahaja.

Untuk spesifikasi, Tecno Camon 19 Neo didatangkan dengan kapasiti bateri berkapasiti besar 5,000mAh. Turut melengkapi peranti ini adalah skrin 6.8-inci IPS LCD dengan resolusi FHD+. Sistem tri-kamera turut digunakan dengan tetapan 48MP + 2MP + QVGA, sementara itu kamera hadapan pula sebesar 32MP. Cip MediaTek Helio G85 turut digunakan dengan padanan memori 6GB RAM dan storan dalaman 128GB.

© 2023 Amanz Media Sdn Bhd