Selepas terdapat spekulasi yang berkait rapat dengan situasi tegang antara China dan Taiwan, pelancaran dua peranti Morotola dibatalkan. Peranti ini adalah Motorola Razr 2022 dan Motorola X30 Pro iaitu peranti dengan skrin boleh-lipat generasi baharu mereka dan peranti mercu kamera 200MP pertama dunia.
Melalui laman Weibo rasmi Motorola, kedua-dua peranti ini disahkan akan dilancarkan pada 11 Ogos akan datang.

Motorola Razr 2022 dikatakan akan hadir dengan skrin 6.7-inci ketika dibuka dengan sokongan kadar segar semula tinggi 144Hz dan skrin luar untuk notifikasi dan kawalan media bersaiz 2.7-inci. Peranti ini akan dijana cip Snapdragon 8+ Gen 1 tidak seperti model terdahulu yang menggunakan cip peranti kelas pertengahan.
Untuk kamera ia dikatakan hadir dengan konfigurasi 50+13 Megapixel dan kamera swafoto 32 Megapixel. Untuk bateri, peranti ini akan hadir dengan kapasiti 3500mAh.

Motorola X30 Pro pula adalah peranti mercu dengan cip yang sama, iaitu Snapdragon 8+ Gen 1. Peranti ini akan memfokuskan kepada fotografi dengan menggunakan kamera 200MP pertama iaitu daripada sensor Samsung ISOCELL HP1 yang dipadankan dengan 50MP untuk sudut ultra lebar dan 12MP telefoto.
Skrin peranti adalah 6.67-inci AMOLED dengan kadar segar semula tinggi, menyokong pengecasan pantas 125W dan pengecasan nirwayar pantas 50W.
Butiran lanjut untuk speisifkasi dan harga akan diumumkan nanti. Setakat ini, pelancaran dilihat akan berlaku di China terlebih dahulu dan tidak pasti sama ada dua produk ini akan di bawa masuk untuk pasaran global. Sama-sama kita nantikan.