Akaun Telegram Perdana Menteri Digodam Pengguna Diminta Abaikan Mesej Yang Diterima

Diterbitkan pada Ogos 8, 2022. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Perdana Menteri Datuk Ismail Sabri mengumumkan bahawa akaun telegram peribadi beliau telah digodam. Oleh itu pengguna yang menerima mesej dari akaun tersebut diminta mengabaikan mesej yang diterima. Beliau tidak mendedahkan akaun peribadi manakah yang telah digodam dan mesej apakah yang telah dihantar sehingga perlu diabaikan.

Ini bukan insiden pertama akaun media sosial milik pemimpin negara telah berjaya digodam oleh individu yang tidak bertanggungjawab. Awal tahun ini akaun Twitter milik Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi awang juga telah digodam untuk menghantar mesej membeli mata wang kripto. Ia segera disedari dan akaun berjaya dipulangkan dengan mesej kemudiannya dipadam.

komen


© Amanz / 2022 Kami