Carian
Illegear Atomic 16 Kini Di Malaysia Pada Harga Bermula RM3299
August 8, 2022 Amy Maizuraa

Illergear Atomic 16 kini telah mula ditawarkan buat pengguna di Malaysia. Ia merupakan sebuah komputer riba sebesar 16-inci yang memfokuskan untuk tujuan produktiviti. Bagi yang berminat, harga jualan untuknya bermula RM3299 (i5-12500H) dan RM3598 (i7-12700H) untuk sebuah.

Untuk spesifikasi, Illegear Atomic 16 dilengkapi dengan skrin 16-inci IPS beresolusi WQXGA dan kadar segar semula 120Hz. Paparannya turut menyokong ciri tambahan seperti sokongan gamut warna sRGB 100% dengan kecerahan 350 nits dan nisbah aspek 16:10.

Seterusnya, cip Intel Gen-12 turut digunakan dengan pilihan variasi i7-12700H dan i5-12500H, di samping padanan GPU Intel Iris Xe. Memori pula 4GB DDR4 RAM 3200MHz – 1 X 4GB (2 slot, sehingga 64GB) dan storan pula 512GB NVMe SSD (2 M.2 Slots, mencapai 4TB).

Tidak ketinggalan, ia turut memuatkan bateri berkapasiti 70WHr dan menjalankan Windows 11 Home 64-Bit EM Edition. Komputer riba ini sudah boleh dipra-tempah sekarang menerusi laman rasmi Illegear Malaysia dan penghantaran peranti dijangka bermula 21 Ogos 2022.

Komen