Carian
Maybank Mengumumkan Pengenalan Sokongan Apple Pay
August 8, 2022 Aman

Selepas Ambank, kini Maybank turut telah menerbitkan halaman khusus untuk sokongan Apple Pay bagi para pengguna Maybank.

Melalui Apple Pay, ia membolehkan para pengguna menghubungkan kad kredit ke iPhone, Apple Watch, iPad dan Mac – seterusnya menggunakannya dalam melakukan bayaran di kedai atau secara atas talian. Perkara ini dijayakan melalui penggunaan sokongan NFC pada peranti Apple, selain menggunakan pelayar web seperti biasa.

Maybank mengatakan perkhidmatan ini disokong melalui Maybank Visa, Maybank Mastercard dan juga Maybank American Express – kad kredit, kad debit, dan kad prabayar. Maybank mengatakan kad korporat tidak disokong dibawah Apple Pay.

Buat masa ini, daripada semakan kami pada iPhone, ciri Apple Pay ini masih belum aktif lagi untuk digunakan. Namun, dengan perkongsian Ambank dan Maybank, kita mungkin melihat sokongan ini diaktifkan dalam masa terdekat ini.

Komen