“Rider” Penghantar Kelak Perlu Daftar Lesen Vokasional, Had Umur Tidak Kurang 18 Tahun

Diterbitkan pada Ogos 9, 2022. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Kerajaan kini dalam perancangan untuk melakukan pindaan pada akta berkaitan pengangkutan, dengan memberikan fokus terhadap penghantar makanan dan barangan melalui motosikal.

Antara pindaan yang sedang dilihat adalah memindah had umur penunggang perkhidmatan penghantar barangan kepada tidak kurang dari 18 tahun (berbanding 21 tahun) pada hari ini.

Disamping itu, selain perlu mempunyai Lesen Memandu Kompeten dalam kelas motosikal, penghantar makanan juga perlu mempunyai Lesen Vokasional.

Ekonomi Gig Foodpanda

Lesen tambahan ini juga akan memberikan latihan tambahan, kerana terdapat aduan mengatakan penghantar makanan atau barangan ini tidak mematuhi peraturan jalan raya.

Dengan langkah ini juga, ia akan membolehkan kerajaan mengetahui jumlah mereka yang menyertai arena penghantaran makanan atau barangan ini, disamping turut boleh mengawal-selia serta menjaga kebajikan mereka yang terlibat.

Pengawal-seliaan juga akan membolehkan keperluan lain seperti perlindungan insurans, kawalan tahap pengoperasian, dan beberapa yang lain.

Menteri Pengangkutan mengatakan tiga Rang Undang-Undang bagi meminda akta terbabit akan dibentangkan untuk perbahasan dan kelulusan Parlimen pada sesi akan datang.

Sumber : Wee Ka Siong

komen


© Amanz / 2022 Kami