Apple Pay Kini Sudah Boleh Digunakan Di Malaysia

Diterbitkan pada Ogos 9, 2022. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Apple kini telah mengaktifkan ciri Apple Pay, membolehkan para pengguna tempatan untuk menggunakan ciri pembayaran pintar melalui iPhone, Apple Watch serta peranti lain Apple.

Melalui Apple Pay, pengguna boleh pautkan kad kredit atau debit ke akaun Apple Wallet, dan seterusnya menggunakan Apple Pay dengan hanya membayar menggunakan sentuhan peranti ke terminal – seperti melalui menyentuh iPhone ke terminal pembayaran, atau Apple Watch ke terminal pembayaran.

Dari segi sokongan peranti, Apple Pay menyokong iPhone dengan sokongan Face ID dan Touch ID, kecuali iPhone 5s, selain Apple Watch Series 1 dan terkini. Pengguna juga turut boleh menggunakan ia bersama iPad Pro, iPad Air, serta iPad yang menyokong Touch ID atau Face ID. Ia juga boleh digunakan pada Mac dengan Touch ID, serta Mac yang diperkenalkan selepas 2012.

Bagi anda yang menggunakan peranti Apple, boleh membuka aplikasi Apple Wallet hari ini, dan seterusnya mula menambah kad anda ke akaun Apple Pay dengan tap pada ikon “+” di aplikasi tersebut.

Daripada percubaan kami, ia diaktifkan dalam masa kurang seminit selepas ditambah, dan seterusnya boleh digunakan untuk tujuan pembayaran melalui iPhone atau Apple Pay. Kami menggunakan ia bersama kad keluaran pihak Maybank.

Dengan adanya Apple Pay, pengguna peranti Apple boleh menggunakannya di sejumlah besar terminal pembayaran dimana kad kredit atau debit diterima, selain turut menggunakan pembayaran di web – seperti melalui Shopee dan lain-lain.

komen


© Amanz / 2022 Kami