Selepas mengesahkan pelancaran untuk Realme 9i 5G, kini Realme mula mengacah mengenai kewujudan peranti boleh-pakai baharu pula. Dikenali sebagai Realme Watch 3 Pro, ia sudah semestinya menjadi model kemas kini buat Realme Watch 2 Pro sebelum ini.

Laman iklan rasmi untuknya turut telah diterbitkan dengan sedikit gambar mengenai produk. Melaluinya, Realme Watch 3 Pro dilihat akan mempunyai tubuh sejenis logam dengan muka jam berbentuk segi empat dan satu butang fizikal pada sebelah kanan. Tidak seperti pendahulunya, panel yang digunakan pula adalah sejenis AMOLED dengan nisbah skrin lebih besar.

Seterusnya, antara ciri utama yang dijangka disertakan pada peranti ini termasuklah sokongan GPS terbina dan kebolehan panggilan suara menerusi bluetooth seumpama yang terdapat pada Realme Watch 3. Tiada tarikh pelancaran yang dikongsi namun ia dijangka diperkenalkan seiring dengan Realme 9i 5G.
- Sumber
- Sumber – Realme India