Carian
Honor 70 5G Bakal Dilancarkan Di Malaysia Pada 18 Ogos
August 9, 2022 Amy Maizuraa

Honor 70 5G merupakan sebuah peranti berspesifikasi kelas pertengahan premium yang dibekalkan ciri dan fungsi menarik tersendiri. Selepas dilancarkan di beberapa pasaran luar, kini giliran pengguna di Malaysia pula menerima penawarannya yang dijadualkan tiba pada 18 Ogos 2022. Acara pelancaran ini turut bakal berlangsung secara dalam talian bermula jam 8 malam.

Untuk spesifikasi, Honor 70 5G dilengkapi skrin 6.67-inci AMOLED dengan kadar segar semula 120Hz. Ia kemudiannya dipadankan dengan cip Snapdragon 778+, memori 8GB RAM dan storan dalaman 256GB. Bateri 4800mAh dengan pengecasan 66W turut digunakan. Kamera utama pula terdiri dengan 54-Megapixel + 50-Megapixel + 2-Megapixel dan kamera swafoto 32-Megapixel.

Komen