Carian
Xiaomi Mi MIX Fold 2 Akan Dilancarkan 11 Ogos Ini (Dikemaskini)
August 9, 2022 Effi Saharudin

Dikemaskini – Xiaomi mengesahkan Mi MIX Fold 2 akan dilancarkan pada 11 Ogos menerusi poster rasmi di Weibo. Peranti kelihatan lebih rata rekaan sisinya dengan engsel juga kelihatan lebih kecil. Pada acara yang sama Xiaomi Bud 4 Pro dan Xiaomi Pad 5 Pro 12.4″ turut akan dilancarkan.

Samsung akan melancarkan Samsung Galaxy Z Fold3 dan Samsung Galaxy Z Flip4 pada 10 Ogos ini. Kedua-dua peranti amat dinantikan pelancarannya kerana pengguna ingin melihat apakah penambahbaikan yang akan ditawarkan berbanding model terdahulu.

Tetapi menurut ciapan Ice Universe, Xiaomi Mi MIX Fold 2 akan dilancarkan secara mengejut pada 11 Ogos sehari selepas Unpacked. Tiada imej peranti yang tertiris dan tiada juga imej acah telah dikongsi secara rasmi. Beberapa ura-ura mengatakan peranti akan dilengkapi Snapdragon 8+ Gen 1, dan skrin hadapan yang kini bernisbah 21:9 bukan lagi 27:9 pada MIX Fold asal. Sejauh manakah kebenaran ura-ura ini akan diketahui pada hari tersebut.

Komen