Pada ketika ini, WhatsApp membolehkan penggunanya untuk memberikan reaksi berbentuk emoji pada sesuatu mesej. Ia nampaknya bakal diperluaskan lagi pada status dengan emoji yang telah ditetapkan, serupa dengan ciri reaksi pada Instagram Stories.

Melaluinya, pengguna dapat memberi reaksi dengan mudah terhadap kemaskini status yang dimuat-naik oleh rakan-rakan. Terdapat 8 jenis emoji yang tersedia, antaranya seperti senyum, gembira, terkejut, tepuk tangan dan lain-lain. Pengguna dibenarkan memilih satu emoji dalam satu masa, seterusnya pemberitahuan reaksi akan dihantar dalam bentuk mesej kepada penerima.

Di samping itu, beberapa ciri privasi baharu turut diuji. Antaranya, sistem log masuk kini ditambah baik yang mana kebenaran pemilik diperlukan untuk pihak ketiga mengakses sesuatu akaun. Melaluinya, perkongsian kod 6 digit akan dihantar untuk setiap permintaan.
Dalam masa sama, terdapat juga pilihan untuk berkongsi nombor telefon. Difahamkan, ciri ini membolehkan nombor telefon pengguna disembunyikan daripada umum atau kumpulan WhatsApp tertentu apabila diaktifkan.
Ia bagaimanapun hanya boleh diakses oleh segelintir pengguna beta versi beta Android sahaja buat masa ini. Namun, dijangka bakal diperluaskan lagi ke peranti iOS dan semua pengguna dalam beberapa bulan akan datang.
- Sumber
- Sumber – wabetainfo