Carian
Google Menyaman Sonos Kerana Didakwa Melanggar Paten Milik Mereka
August 9, 2022 Effi Saharudin

Google dan Sonos sedang bertarung di mahkamah. Sonos sebelum ini berjaya menyaman Google kerana didakwa menggunakan teknologi sistem audio milik mereka tanpa kebenaran. Google akur dengan perintah mahkamah dan membuang beberapa ciri pada speaker pintar Google Nest mereka yang patennya dipegang oleh Sonos.

Semalam Google memfailkan pula saman ke atas Sonos kerana didakwa menggunakan pula teknologi sistem pembantu maya milik mereka. Sebanyak tujuh paten milik Google didakwa digunakan Sonos tanpa kebenaran. Ini melibatkan ciri pengesanan kata kunci pada arahan suara yang diberikan.

Google turut ingin mengharamkan produk Sonos diimport ke Amerika Syarikat menerusi Suruhanjaya Perdagangan Antarabangsa Amerika Syarikat. Dalam kenyataan yang diberikan kepada media, Sono berkata ini adalah taktik Google untuk melakukan intimidasi ke atas syarikat pesaing yang lebih kecil.

Komen