Cari @ Amanz

Pada hari ini, ramai sedia maklum pembayaran secara wave menggunakan kad kredit atau debit adalah dihadkan kepada RM250, dan lebih daripadanya perlu memasukkan PIN. Tetapi, perkara berkenaan tidak untuk Apple Pay.

Apple Pay dilihat memfokuskan kepada pemasaran sebagai pilihan selamat dan peribadi, serta memberikan pengalaman penggunaan yang lebih selesa. Pengguna boleh hanya tap iPhone atau Apple Watch pada terminal untuk transaksi lebih daripada RM250, dan tidak perlu memasukkan sebarang PIN.

Perkara ini disahkan oleh Maybank dan juga Ambank. Berbanding PIN, pengesahan akan dilakukan menggunakan Touch ID atau Face ID.

Dengan langkah ini, ia memberikan pengalaman penggunaan nirtunai yang lebih baik berbanding penggunaan kad kredit atau debit. Malah, Samsung Pay sebelum ini turut memerlukan pengguna memasukkan nombor PIN untuk transaksi lebih RM250.

© 2023 Amanz Media Sdn Bhd