Cari @ Amanz

Perkongsian terkini Xiaomi Malaysia di Facebook menunjukkan mereka dalam persediaan untuk pengenalan produk baharu. Melaluinya, sebuah acara pelancaran telah dijadualkan berlangsung pada minggu hadapan iaitu 18 Ogos 2022. Tetapi, maklumat lanjut mengenai produk yang akan diumumkan masih kekal misteri buat masa ini.

Jangkaan awal kami mungkin Xiaomi 12 Lite bakal diperkenalkan memandangkan siri Xiaomi 12S tidak dijual secara rasmi di Malaysia. Seperti biasa, ia hanya sekadar spekulasi awal sahaja, dan apakah Xiaomi bakal melancarkannya pada tarikh tersebut ataupun sebaliknya, sama-sama kita nantikan perkembangan lebih lanjut dari masa ke semasa.

© 2023 Amanz Media Sdn Bhd