Acer Day adalah acara tahunan yang sering diadakan dimana pihak Acer akan menjalankan pelbagai promosi bagi produk-produk keluaran mereka. Untuk tahun ini, Acer Day telah pun bermula dan akan berlangsung sehingga 30 September ini. Pelbagai program diadakan bagi memberi peluang kepada semua peminat barangan Acer untuk dapatkan produk mereka pada potongan harga sehingga 60%. Terdapat 5 program utama yang dijalankan dan anda juga berpeluang memenangi hadiah-hadiah lumayan daripada program Acer ini.

1. Acer 21 Days Challenge
Program ini akan berjalan sehingga 30 September kelak. Hadiah terkumpul yang ditawarkan adalah lumayan iaitu bernilai sehingga RM50,000 dan salah satunya adalah laptop Acer Aspire Vero mereka. Untuk memenangi hadiah ini, anda hanya perlu membuat pendaftaran untuk Acer 21 Days Challenge dan selesaikan cabaran yang mereka jalankan dalam tempoh yang ditetapkan.

Terdapat 3 peringkat (Forest, Sea, Soil) yang anda perlu nyahkuncikan dimana setiap satunya memerlukan anda untuk selesaikan tugasan harian sehingga 30 September. Bagi anda yang berjaya selesaikan tugasan-tugasan ini, anda layak untuk memenangi hadiah yang ditawarkan dan antara hadiah utamanya adalah acerpure, set tetikus Acer Vero, dan juga Acer Aspire Vero.
- Info
- Sertai : Acer 21 Days Challenge
2. Menanam Pokok

Acer menanam pokok? Ia bukanlah sesuatu yang pelik kerana Acer sebelum ini juga telah melancarkan laptop Acer Aspire Vero yang merupakan sebuah laptop mesra alam. Untuk program ini, Acer Malaysia telah bekerjasama dengan APE Malaysia untuk menanam satu pokok bagi setiap barangan terpilih yang dijual bermula 3 Ogos hinggalah 30 September ini.
Pokok-pokok ini akan ditanam sekitar kawasan Kinabatangan, Sabah untuk membantu penempatan hidupan liar termasuk orang utan Borneo dan Gajah Pygmy Borneo. Pihak Acer akan menanamkan pokok bagi pihak pembeli dan anda akan menerima sijil digital bagi pokok-pokok yang mereka telah tanam. Untuk menerima sijil digital ini, anda perlu membuat pendaftaran melalui laman web yang mereka sediakan.
- Info
- Daftar Dan Dapatkan : Sijil Digital Hasil Tanaman Pokok Oleh Acer
3. Jualan Atas Talian Acer Day 2022

Acer juga menawarkan potongan harga sehingga 60% yang bernilai sehingga RM1027 bagi anda yang membuat pembelian mana-mana produk mereka. Tawaran ini hanya ditawarkan untuk pembelian atas talian sahaja yang telah bermula 8 Ogos lalu sehingga 30 September kelak.
- Info
- Beli Dan Nikmati : Peranti Pada Harga Diskaun Melalui Kedai Atas Talian Acer
4. A-redemption

Acer Malaysia memberi anda peluang untuk memenangi hadiah lumayan bernilai sehingga RM250,000 jika membeli mana-mana peranti mereka. Hadiah-hadiah ini boleh ditebus berdasarkan julat harga pembelian anda. Selain berpeluang memenangi hadiah sagu hati, basikal elektrik dan juga Acer Aspire Vero, anda juga berpeluang untuk memenangi percutian ke New Zealand, Turki, atau juga Phuket.
- Info
- Membeli Belah Dan Tebus : Hadiah-Hadiah Menarik Di Sini
5. Program Tukar Beli Peranti

Jika anda tidak berpeluang untuk memenangi Acer Aspire Vero melalui peraduan Acer 21 Days Challenge, anda tidak perlu kecewa kerana anda masih lagi berpeluang untuk menerima rebat dalam bentuk tunai sehingga RM500 bagi pembelian Acer Aspire Vero. Bagaimana untuk dapatkan rebat tunai ini? Anda hanya perlu membuat tukar beli peranti seperti tablet, laptop, desktop atau juga komputer desktop AIO. Acer menerima pelbagai jenis peranti tanpa mengira jenama untuk ditukar beli sama ada masih boleh digunakan ataupun tidak. Proses tukar beli ini mestilah dibuat di kedai fizikal Acer yang terpilih di seluruh Malaysia sehingga 30 September kelak.
Kesimpulan
Acer kini sedang bergerak ke arah yang lebih mesra alam dengan memperkenalkan pelbagai inisiatif seperti melancarkan laptop daripada bahan kitar semula Acer Aspire Vero. Acer ingin mengajak anda bersama-sama menyertai perjalanan mereka ke arah ini dengan menyertai program mengitar semula dan dalam masa yang sama dapat menikmati pelbagai kelebihan seperti potongan harga dan sebagainya.
Anda dijemput untuk menyertai program-program yang Acer adakan dan berpeluang memenangi pelbagai hadiah menarik seperti Acer Aspire Vero secara percuma. Hanya perlu membuat pendaftaran dan menyertai program-program yang Acer adakan sehingga 30 September ini. Inilah masanya untuk dapatkan peranti-peranti pada dengan potongan harga sehingga 60%, menang hadiah lumayan dan menyokong Acer untuk ke arah yang lebih mesra alam.
Penafian : Advertorial daripada Acer Malaysia