Cari @ Amanz

Canalys kini telah mengeluarkan data telefon pintara yang terjual di Malaysia pada suku kedua 2022 lepas. Melalui data yang diperlihatkan, Xiaomi dilihat kembali menerajui pasaran Malaysia dengan pegangan sebanyak 30%.

Menduduki tangga kedua dari segi angka terjual telefon pintar di Malaysia adalah Samsung, dengan pegangan sebanyak 20% pasaran Malaysia. Vivo dan Oppo masing-masing memperlihatkan pegangan sebanyak 14%, dan Realme pula sebanyak 8%.

Secara keseluruhan, lima jenama teratas ini, memegang sebanyak 86% pasaran di Malaysia – dan diikuti dengan bakinya oleh jenama-jenama lain pada suku tahun kedua 2022 lepas.

© 2023 Amanz Media Sdn Bhd