iOS 16 Akan Mengembalikan Semula Paparan Ikon Bateri Dengan Peratusan Tahap Pengecasan

Diterbitkan pada Ogos 9, 2022. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Semasa iPhone X dilancarkan lima tahun lalu, Apple berhenti memaparkan peratusan kapasiti bateri pada ikon yang diletakkan pada bucu atas kanan iPhone. Ruang yang terhad membuatkan hanya grafik bateri sahaja dapat dilihat dengan peratusan bateri hanya boleh dilihat dengan menarik talam notifkasi ke bawah.

iOS 16 Beta 5 telah diberikan oleh Apple kepada semua dan ia hadir dengan ciri yang telah hilang selama ini. Nombor yang mewakili peratusan bateri dipaparkan dengan jelas dalam ikon. Apabila peranti dicas, ikon petir menunjukkan bateri sedang dicas turut dipaparkan bersama dengan nombor. Ciri yang boleh dianggap tidak begitu penting tetapi akan memudahkan pengguna iPhone mengetahui peratusan tahap pengecasan bateri dengan lebih pantas.

komen


© Amanz / 2022 Kami