Carian
Sooka Menawarkan Langganan VIP Serendah RM20.95 Sebulan
August 9, 2022 Effi Saharudin

Musim bola Liga Perdana Inggeris bermula minggu lalu dengan Manchester City semakin ganas, Liverpool mula tersedak dan Manchester United masih kekal di takuk lama. Sempena musim baharu 2022/2023 Liga Perdana Inggeris, Sooka menawarkan pelan VIP+ Sports mereka pada harga RM20.95 dan VIP+ TV pada harga RM42.50 sebulan yang merupakan potongan 50%.

Pelan terhad ini akan ditawarkan sehingga 31 Ogos 2022 sahaja. Selepas tempoh promosi, harga langganan akan kembali ke harga asal. Pengguna Sooka masih boleh melalukan pembelian menonton satu permainan sahaja pada harga RM7.90 menerusi pelan Single Match Pass.

Sooka boleh diakses menerusi telefon pintar dan juga televisyen pintar terpilih. Selain menonton bola sepak, pelanggan VIP+ Sports dan VIP+ TV juga boleh menikmati acara Formula 1, BWF Badminton World Tours, MotoGP, Sepak Takraw League dan banyak lagi.

Komen