Cari @ Amanz

Sennheiser Momentum 4 telah diumumkan dengan rekaan lebih segar, di samping penawaran yang ditambahbaik. Melaluinya ia menggabungkan rekaan fon kepala nirwayar yang ringan serta selesa bersama sokongan pembatalan hingar aktif lebih unggul.

Sennheiser Momentum 4 mempunyai dua pemandu audio sebesar 42mm dengan pad telinga yang diperbuat daripada bahan berasaskan kulit tiruan. Tiada butang fizikal yang disertakan, sebaliknya kawalan sepenuhnya menggunakan gerak isyarat. Kemudian, ia juga diiklankan mampu berfungsi selama 60 jam sebelum perlu dicas.

Sementara itu, codec yang disokong pula ialah AAC, SBC, aptX dan aptX Adaptive. Lain-lain ciri yang turut disokong termasuklah kebolehan sambungan pelbagai peranti, sambungan berwayar USB-C dan pad telinga tambahan yang boleh ditukar ganti. Sennheiser Momentum 4 dijual pada harga $349.95 (~RM1559) dengan warna hitam dan putih.

© 2023 Amanz Media Sdn Bhd