Carian
Vivo X Fold Generasi Kedua Akan Menggunakan Pengimbas Cap Jari Bawah Skrin Ultrasonik
August 9, 2022 Fahim Zahar

Vivo X Fold adalah peranti skrin boleh-lipat pertama daripada Vivo. Peranti ini dijana dengan cip Snapdragon 8 Gen 1, saiz skrin dalam adalah 8-inci dan skrin luar adalah 6.53-inci. Peranti ini turut menggunakan suis lungsur seakan OnePlus utuk mengawal nada dering.

Keunikan peranti ini terletak pada sekuriti. Di mana, ia adalah peranti skrin boleh-lipat pertama yang menggunakan pengimbas cap jari bawah skrin. Lebih menarik, kedua-dua skrin luar dan dalam mempunyai pengimbas cap jari ini.

Terkini, menurut peniris terkenal Digital Chat Station – Vivo X Fold generasi kedua akan menggunakan pengimbas cap jari bawah skrin lebih berkuasa. Vivo dikatakan akan menggunakan sensor jenis ultrasonik untuk imbasan yang lebih pantas.

Tambahan sumber lagi, Vivo turut akan hadir dengan sebuah peranti skrin boleh-lipat seakan Samsung Galaxy Z Flip. Buat masa ini masih tiada butiran lanjut lagi mengenai peranti-peranti ini, sama-sama kita nantikan.

Komen