Syarikat disebalik aplikasi popular TikTok, iaitu Bytedance, kini telah mengambil-alih dan membeli salah satu rangkaian hospital di China, memfokuskan kepada wanita dan kanak-kanak.
Bytedance membayar sekitar 10 bilion yuan (~RM6.6 bilion) dalam mengambil-alih Amcare Healthcre ini. Amcare sebelum ini telah ditubuhkan pada 2006 lepas, dan mengoperasikan tujuh hospital wanita dan kanak-kanak, dua klinik, dan juga lima pusat lepas bersalin.
Dengan langkah ini, ia sekaligus memperlihatkan fokus pihak Bytedance dalam arena kesihatan. Ia juga selari dengan langkah pelbagai pihak syarikat gergasi lain yang memasuki arena kesihatan.
- Sumber : Bloomberg