Carian
Amazfit Malaysia Mengacah Pengenalan Produk Baharu Pada 20 Ogos
August 9, 2022 Amy Maizuraa

Amazfit Malaysia melalui laman sosial rasminya kini mula mengacah pelancaran untuk produk pada 20 Ogos ini. Namun begitu, mereka tidak pula mendedahkan produk yang bakal diumumkan secara khusus. Sebaliknya imej yang dimuat-naik sekadar memperlihatkan rekaan untuk seutas peranti boleh-pakai dengan muka jam berbentuk segi empat. Seterusnya, terdapat juga satu butang fizikal pada sisi kanan dan tali jam pula besar kemungkinan diperbuat daripada silikon.

Jangkaan awal kami, ia mungkin seutas Amazfit GTS 4 Mini yang diumumkan baru-baru ini. Tambahan pula, nombor 15 yang diperlihatkan seakan mewakili ketahanan bateri pada peranti yang diiklankan mampu bertahan sehingga 15 hari lamanya. Bagaimanapun, ini hanya spekulasi awal sahaja dan sama-sama nantikan perkongsian lanjut daripada Amazfit Malaysia.

Komen