Setakat ini, Oppo telah melancarkan beberapa model di bawah siri Reno8. Ia merangkumi Oppo Reno8, Oppo Reno8 Pro, Oppo Reno8 Pro+ dan Oppo Reno8 Z. Kesemua peranti menyokong 5G secara terbina tetapi perkakasan dalaman adalah berbeza mengikut pasaran masing-masing.


Kini muncul desas-desus baharu mengenai kewujudan Oppo Reno8 4G pula. Rekaan dan spesifikasi peranti turut telah tertiris ke arena web dengan sejumlah persamaan dengan Reno7 4G sebelum ini. Perbezaan ketara yang dibuat hanyalah pada sokongan memori dan storan dalaman yang lebih besar iaitu 12GB + 256GB. Selain itu, ia juga akan tersedia dalam dua pilihan warna seperti Dawnlight Gold dan Black.
Lain-lain ciri dan fungsi utama adalah sama seperti model sebelumnya. Di mana, cip Snapdragon 680 dan bateri 4,500mAh dengan pengecasan 33W digunakan. Seterusnya, kamera utama menggunakan tetapan 64MP + 2MP + 2MP dan kamera swafoto pula 32MP. Tiada tarikh pelancaran rasmi untuk peranti yang diketahui setakat artikel ini ditulis.
- Sumber
- Sumber – Pricebaba