#LG

LG Libero Monitor Boleh Disangkut Pada Dinding

Diterbitkan pada Ogos 9, 2022. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Monitor kerja biasanya diletakkan di atas meja. Kadang kala cagak VESA dipasang untuk memberikan ruang meja yang lebih luas. Tetapi LG mempunyai idea yang lebih unik dengan menawarkan monitor yang boleh disangkut terus kepada dinding pemisah di pejabat.

LG Libero Monitor ialah monitor 27-inci dengan resolusi QHD. Panel IPS LCD monitor boleh memaparkan 99% warna SRGB dan ia turut hadir dengan sokongan HDR10.

Ia masih boleh digunakan seperti monitor biasa di atas meja cuba bahagian tapaknya boleh berputar dan berubah menjadi cangkuk. Selain sistem cangkuk merangkap tapak monitor yang unik, ia juga hadir dengan kamera web yang boleh ditanggalkan. Kamera web ini mempunyai penutup lensa fizikal untuk privasi.

Monitor menyokong sambungan input HDMI dan USB-C. Port USB-C yang sama boleh membekalkan kuasa sehingga 65W. Sepasang speaker 2W terbina turut diberikan bersama dengan bicu audio 3.5mm. Pada waktu ini harga jualan LG Libero Monitor belum diumumkan.

komen


© Amanz / 2022 Kami