Sokongan Apple Pay sudah laman diminta oleh pemilik peranti Apple di Malaysia sejak perkhidmatan ini dilancarkan pada tahun 2014. Penantiannya berakhir semalam apabila pelbagai bank utama mengesahkan mereka akhirnya menyokong Apple Pay.

Serentak dengan sokongan Apple Pay semalam, Kentucky Fried Chicken menjadi restoran makanan segera pertama di Malaysia menerima pembayaran menggunakannya. Ini disahkan menerusi Instagram Stories yang dimuat naik beberapa jam yang lalu. Setakat ini kad kredit dan debit keluaran Maybank, kad kredit Ambank, dan kad kredit Standard Chartered sahaja menyokong Apple Pay setakat ini.
- Sumber
- Sumber – Tajria