Jemaah Menteri Malaysia Akan Menggunakan Kereta Elektrik Bermula 2023

Diterbitkan pada Ogos 9, 2022. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Inisiatif mempopularkan penggunaan kenderaan elektrik di Malaysia masih lagi agak perlahan dengan hanya tahun ini pelbagai model kereta elektrik dan sistem pengecasan pantas mula dibina pada skala besar. Usaha perlu dipertingkatkan lagi dalam masa terdekat dan kini Menteri Alam Sekitar dan Air (KASA), Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man berkata jemaah menteri akan menggunakan kereta elektrik bermula 2023.

Ini adalah sebahagian usaha untuk mengurangkan pencemaran oleh Kementerian beliau. Kos dan jumlah kereta elektrik yang agak digunakan masih belum diketahui kerana masih di peringkat awal tetapi beliau tidak menafikan kosnya tinggi kerana harga kenderaan elektrik Malaysia yang juga tinggi.

Selain itu sebuah projek rintis akan dimulakan di Pulau Langkawi untuk menggalakkan penggunaan motor elektrik. Sebanyak 100 motosikal elektrik boleh dimiliki penduduk yang menggantikannya dengan motor bahan api fosil sedia ada. Ini adalah fasa awal untuk menggunakan kenderaan elektrik di pusat-pusat peranginan utama negara. Turut diumumkan oleh Tuan Ibrahim ialah langkah untuk menjadikan Putrajaya sebuah bandaraya sifar karbon.

komen


© Amanz / 2022 Kami