Pereka Baju Turtleneck Steve Jobs Meninggal Dunia

Diterbitkan pada Ogos 9, 2022. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Steve Jobs mempunyai fesyen peribadi yang dikenali ramai. Seluar jeans biru, kasut larian Nike dan baju turtleneck berwarna hitam. Ini ialah imej beliau setiap kali melakukan pelancaran produk. Ramai mungkin menyedari bahawa baju turtleneck beliau bukan sebarang baju sebaliknya direka oleh Issey Miyake – pereka fesyen terkemuka dari Jepun.

Issey Miyake telah meninggal dunia hari ini pada usia 84 tahun akibat kanser hati. Beliau mempopularkan pemakaian baju turtleneck dan Steve Jobs menjadi duta tidak rasmi produk Issey Miyake dengan sebanyak 100 helai dihasilkan khusus untuk dipakai setiap hari.

Pada asalnya Jobs ingin menggunakan baju turtleneck rekaan Issey Miyaki sebagai uniform pekerja Apple. Idea beliau ditolak dan Job menjadikannya uniform peribadi sehingga ke akhir hayat. Ia cukup popular sehingga Elizabeth Holmes pengasas Theranos memakai baju yang sama untuk kelihatan seperti Jobs.

Walaupun nampak seperti sekadar baju biasa, turtleneck Issey Miyake dijual pada harga lebih $200 sehelai. Selepas kematian Jobs, jualan turtleneck ini telah dihentikan sebagai tanda menghormati pengasas Apple.

komen


© Amanz / 2022 Kami