Cari @ Amanz

Penganalisa popular Ming-Chi Kuo kini menyasarkan untuk Apple memperkenalkan sokongan sambungan USB-C pada bekas pengecas AirPods menjelang 2023 kelak.

Sokongan ini dijangka diperkenalkan untuk semua model AirPods bermula 2023 kelak. Walaubagaimanapun, untuk tahun ini, Apple dijangka masih kekal memperkenalkan AirPods Pro 2 dengan sokongan Lightning.

Peralihan ini dilihat selari dengan arahan Kesatuan Eropah, disamping desas-desus mengatakan Apple turut akan memperkenalkan iPhone dengan sambungan USB-C tidak lama lagi.

Sebelum ini, Kesatuan Eropah telah menetapkan supaya semua peranti yang dijual di benua tersebut hadir dengan USB-C menjelang 2024 kelak.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd