Beats Fit Pro adalah fon telinga TWS Apple yang menyasarkan pengguna Android. Ia turut sesuai digunakan untuk aktiviti senaman. Kini Beats melancarkan pula Fit Pro edisi Kim Kardashian yang menerima sentuhan pelakon siri realiti paling popular dunia.

Beats Fit Pro edisi Kim Kardhasian ini ditawarkan dalam tiga warna baharu Moon, Dune, dan Earth dengan tona pastel. Ketiga-tiganya direka golongan yang ingin memadankan TWS dengan baju mereka yang bergaya. Dari segi spesifikasi ia tidak mempunyai sebarang perbezaan dengan Fit Pro yang dilancarkan sebelum ini.

Fit Pro mempunyai pod simpanan yang agak besar dengan sokongan pengecasan menggunakan port USB-C sahaja. Putik audio Beats Fit Pro menyokong pembatalan hingar aktif (ANC) dan juga audio spatial Apple.
Dengan sekali caj putik audio dapat beroperasi sehingga 6 jam atau sehingga 24 jam menggunakan pod pengecas. Sesuai dengan namanya, Fit Pro tiada masalah digunakan ketika bersenam kerana kalis peluh IPX4. Harga jualan Beats Fit Pro edisi Kim K ialah RM 909 sepasang.