ColorOS 13 Versi Global Bakal Dilancarkan Pada 18 Ogos

Diterbitkan pada Ogos 10, 2022. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Oppo bakal melancarkan pelancar baharu ColorOS 13 pada 18 Ogos ini. Ia dibina berasaskan Android 13 dengan pelbagai penambahbaikan kepada sistem sedia ada. Ini termasuklah antara muka yang direka semula untuk pengalaman yang selesa dan lancar. Di samping, peningkatan pada ciri privasi yang lebih menyeluruh dan menyediakan kesalinghubungan berbilang peranti yang lancar bagi meningkatkan produktiviti.

Buat masa ini, belum ada sebarang maklumat lanjut mengenai latar masa kemas kini dan senarai peranti yang akan menerima versi stabil ini. Namun setakat ini, ujian beta telah dibuka kepada beberapa pengguna Oppo Find N, Find X5 dan Find X5 Pro di beberapa negara termasuk Malaysia. Untuk maklumat lebih lanjut mengenai ColorOS 13, jawapannya akan diketahui pada 18 Ogos ini.

komen


© Amanz / 2022 Kami