Cari @ Amanz

Xiaomi 12 Lite telah dilancarkan sebelum ini sebagai model kemas kini untuk Xiaomi 11 Lite NE 5G. Ia dilengkapi cip Snapdragon 778G, skrin 6.55-inci AMOLED dan menyokong mod HDR Dolby Vision. Kesemua ciri ini dimuatkan dalam sebuah peranti yang mempunyai tubuh berkotak dan skrin yang rata.

Bercakap dengan lebih lanjut, peranti ini dilihat bakal ditawarkan untuk pasaran tempatan tidak lama lagi. Seperti yang diketahui ramai, Xiaomi Malaysia telah menjadualkan sebuah acara pelancaran pada 18 Ogos ini, maka kita boleh menjangkakan peranti ini bakal turut diumumkan sama. Seperti biasa, sama-sama kita nantikan perkongsian lebih lanjut daripada pihak Xiaomi berhubung perkara ini.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd