Cari @ Amanz

Digital Nasional Berhad merupakan firma yang bertanggungjawab dalam menguruskan infrastruktur 5G di Malaysia, termasuk memperluaskan rangkaian serta lain-lain. DNB sebelum ini dimiliki Kementerian Kewangan, tetapi telah diubah struktur, dimana 30% akan dimiliki oleh kerajaan, dan sebanyak baki 70% dibahagikan antara enam syarikat telekomunikasi.

Mengikut laporan terbaru, ia dikatakan setiap satu syarikat telekomunikasi yang terlibat perlu mengeluarkan sekitar RM200 juta setiap satu, untuk pegangan sebanyak 11.7% pegangan pada DNB.

Pengiraan ini adalah berdasarkan kepada suntikan dana sebanyak RM500 juta oleh Kementerian Kewangan, untuk pegangan sebanyak 30% pada DNB.

Buat masa ini, ia masih dalam proses, dan mengikut perkongsian sebelum ini, syarikat telekomunikasi dijangka menyelesaikan pelbagai urusan berkaitan dan mula memperkenalkan rangkaian 5G seawal September kelak.

Mengikut laporan terbaru juga, ia dikatakan Maxis dan U Mobile merupakan dua syarikat terakhir yang dalam proses memeterai perjanjian berkenaan DNB ini.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd