Cari @ Amanz

Minggu ini nampaknya adalah minggu peranti dengan skrin boleh-lipat dilancarkan. Hari ini Samsung akan melancarkan Gaalxy Z Fold4 dan Flip4, esok Xiaomi dengan Mix Fold 2 dan Motorola pula dengan Razr 2022.

Xiaomi Mix Fold 2 sudah pun diacah akan mempunyai rekaan ultra nipis dengan tebal sekitar saiz port USB-C. Peranti ini juga akan menggunakan engsel teknik lipatan titisan airĀ untuk memastikan skrin tiada kesan lipatan yang jelas dan kamera akan menggunakan teknologi Leica.

Dalam laporan ITHome, mereka telah menemui imej Xiaomi Mix Fold 2 yang mendedahkan rekaan panel belakang peranti melalui aplikasi Xiaomi Wallet. Peranti ini berada bersebelahan dengan Xiaomi 12S Ultra dan ia dilihat menggunakan rekaan bonggol kamera seakan Xiaomi Mi 11 Ultra iaitu bonggol segi empat. Terdapat satu sensor utama besar kelihatan yang dipadankan dengan dua lagi sensor yang mungkin untuk sudut ultra lebar dan telefoto/periskop.

Pada bonggol ini turut kelihatan dua led flash berbeza dan juga logo Leica yang besar. Dari sisi, peranti ini dilihat amat nipis dan sangat cantik. Butang kuasa yang kecil mungkin memberi petanda peranti ini akan menggunakan pengimbas cap jari bawah skrin seperti Vivo X Fold.

Pelancaran peranti ini adalah pada esok malam, 11 Ogos – sama-sama kita nantikan maklumat lanjut mengenainya.

© 2023 Amanz Media Sdn Bhd