Buat pertama kalinya Samsung menawarkan telefon pintar edisi Bespoke mereka ke pasaran Malaysia menerusi Samsung Galaxy Z Flip4 Bespoke Edition. Sebelum ini telefon pintar Bespoke hanya ditawarkan di pasaran Amerika Syarikat dan Korea Selatan.

Tiada perbezaan dari segi spesifikasi dengan Z Flip4 biasa tetapi pelanggan diberikan pilihan 5 warna panel belakang atas, 5 warna panel belakang bawah dam 3 warna untuk bingkai serta engsel peranti. Ini memberikan 75 kombinasi peranti boleh dihasilkan oleh pelanggan yang memesan. Walau bagaimanapun Z Flip4 Bespoke Edition hanya ditawarkan dengan storan 256GB sahaja.
Di Malaysia Samsung Galaxy Bespoke Edition ditawarkan pada harga RM4599 sebuah yang lebih premium berbanding RM4399 untuk versi biasa. Bagi yang berminat pesanan awal perlu dilakukan menerusi laman Samsung Malaysia. Peranti hanya akan diterima dalam masa 4-6 minggu selepas pesanan dilakukan kerana kemudian akan dipasang mengikut spesifikasi pembeli.
- Info
- Gunakan kod AMGZF4VIP apabila membeli Galaxy Z Flip4 atau Galaxy Z Fold4 dan dapatkan Super Fast Wireless Charger Duo yang bernilai RM 369 termasuk kabel dan pengecas 15W PD.