Cari @ Amanz

Lenovo Legion Y70 bakal dilancarkan di China pada 13 Ogos ini. Penjenamaan Legion pada peranti jelas menujukkan ia memberi fokus terhadap permua. Namun, reka bentuknya tampak lebih ringkas berbanding pendahulunya Lenovo Legion Y90.

Tiada sokongan untuk lampu RGB, sebaliknya panel belakang Lenovo Legion Y70 hanya menempatkan sistem tri-kamera dalam modul kamera berbentuk segi empat. Kesemuanya disusun secara menegak dengan tetapan kamera utama 50MP (1/1.5 inci) dengan kebolehan rakaman video OIS / EIS dan 8K/30fps. Seterusnya, ia turut dipadankan dengan kamera ultra lebar 13MP dan 2MP untuk makro.

Beralih ke panel hadapan, ianya sejenis berlubang dengan skrin AMOLED yang dipercayai sebesar 6.58-inci. Ia juga mugkin akan menyokong kadar segar semula yang tinggi sehingga 144Hz, di samping penggunaan kamera swafoto 13MP. Cip Snapdragon 8+ Gen 1 turut digunakan sebagai tunjang utama peranti.

Ciri-ciri lain yang dijangka turut sama disokong termasuklah bateri 5,100mAh dengan sistem pengecasan pantas 68W, pengimbas cap jari pada skrin, menjalankan sistem operasi Android 12 dan sebagainya. Tiada maklumat mengenai harga yang dikongsi setakat ini.

© 2023 Amanz Media Sdn Bhd