Tahun 2021 adalah tahun kebangkitan Honor. Mereka mula melancarkan peranti kelas pertengahan premium seperti siri Honor 50 dan terus melancarkan siri Honor 60 pada tahun yang sama.
Kebangkitan Honor nampaknya hebat kerana hanya dalam masa beberapa bulan, kini pada tahun ini mereka akan melancarkan pula siri Honor 70. Peranti Honor baharu semua dilihat tidak menerima sambutan yang baik kerana harga jualan yang agak tinggi.
Tetapi terdapat satu laporan yang menyatakan tidak lama lagi, Honor akan mula menawarkan lebih banyak variasi peranti pada harga yang lebih mampu milik. Perkara ini dikatakan akan bermula dengan pelancaran siri Honor 80 nanti.
Dalam laporan oleh ITHome, Honor dikatakan sudah bersedia untuk melancarkan siri Honor 80 dan pelancaran akan diadakan pada sekitar bulan November akan datang. Menurut mereka, Honor mendakwa mereka lebih yakin dengan Honor 80 kerana mempunyai cip pemprosesan yang lebih hebat dan berkuasa.
Dalam siri Honor 80 juga akan ada variasi premium dan mampu milik. Masih tidak pasti cip apa yang akan mereka gunakan. Tetapi November adalah bulan di mana Qualcomm mengumumkan cip pemprosesan baharu yang dijangka adalah Snapdragon 8 Gen 2. Mungkin peranti premium akan menggunakan cip peranti mercu, kelas pertengahan cip seperti Snapdragon 7 dan untuk yang lebih mampu milik cip Dimensity.