Cari @ Amanz

Google Cloud merupakan perkhidmatan awanan dibawah Google, yang digunakan ramai dalam melakukan pembangunan web atau aplikasi. Selepas menawarkan sejumlah rantau di luar, kini Google mengumumkan perancangan untuk menambah rantau Malaysia dibawah Google Cloud.

Dengan pengenalan rantau Malaysia, ia akan menyertai pilihan dibawah 34 rantau Google Cloud yang sedia ditawarkan pada hari ini.

Ini akan membolehkan pelbagai perkara ditawarkan daripada pusat data atau infrastruktur yang terletak di Malaysia, ke global.

Ini juga sekaligus akan membolehkan pelbagai perkhidmatan yang dihoskan oleh Google Cloud di Malaysia, diakses dengan pantas oleh pengguna tempatan, serta kadar pendam yang rendah berbanding penggunaan pelayan luar Malaysia.

Selain Malaysia, Google juga mengumumkan perluasan rantau Google Cloud meliputi Thailand dan New Zealand.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd