Cari @ Amanz

Aksesori audio Samsung turut dikemaskini dengan penawaran fon telinga nirwayar baharu. Dikenali sebagai Samsung Galaxy Buds2 Pro, ia lengkap dengan rekaan lebih kompak yang dikatakan 15% lebih kecil berbanding generasi sebelum ini. Rekaan putik audio adalah dari jenis dalam telinga dengan penyumbat silikon.

Turut melengkapi fon telinga ini adalah ciri pembatalan hingar aktif (ANC) sekaligus memudahkan pengguna mendengar dengan lebih jelas. Di samping, mod Ambience Mode yang membenarkan audio dari luar didengari tanpa fon telinga ditanggalkan. Tidak ketinggalan, ia juga mempunyai ciri 360 Audio dengan Direct Multi-Channel terbina untuk pengalaman audio maya daripada kesemua arah.

Dengan bateri 515mAh, ia diiklankan mampu berfungsi selama 29 jam dengan ciri ANC yang dimatikan sebelum perlu dicas. Ia kemudiannya berkurang kepada 18 jam dengan sokongan ANC yang diaktifkan. Codec yang disokong pula ialah Samsung Seamless Codec HiFi, AAC dan SBC. Samsung turut menyertakan ciri kalis air IPX7 bersama-sama dengannya yang menjamin ia kalis peluh.

Untuk harga, Samsung Galaxy Buds2 Pro ditawarkan pada RM899 dengan pilihan warna seperti Graphite, White dan Bora Purple. Bagi yang berminat, sesi pratempah telah dibuka bermula sekarang dengan hadiah percuma berupa kerangka fon telinga bernilai RM99 yang diberikan secara percuma.

** Gunakan kod AMGZF4VIP apabila membeli Galaxy Watch5 atau Galaxy Buds2 Pro bagi mendapatkan pengecas 15W PD yang bernilai RM 59.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd