Cari @ Amanz

Google sedia memperkenalkan aplikasi Read Along tidak lama sebelum ini, dan kini gergasi teknologi tersebut turut memperkenalkan versi web untuk perkhidmatan Read Along.

Melaluinya, Google dilihat ingin membantu kanak-kanak untuk belajar dan melatih untuk membaca.

Laman Read Along hadir dengan sejumlah pilihan buku cerita, yang mana kanak-kanak boleh pilih dan mula membaca. Laman web ini menggunakan akses mikrofon pada peranti, dan apabila seseorang membacanya, ia akan mewarnakan perkataan yang telah dibaca.

Sekiranya sesuatu perkataan disebut secara salah, ia akan gariskan perkataan tersebut, dan pembantu maya akan membantu kanak-kanak dalam menyebutnya secara betul.

Daripada percubaan kami, Read Along berfungsi dengan lancar menggunakan pelayar web Google Chrome dan juga Microsoft Edge.

Bagi anda yang berminat, boleh menyemak laman Read Along hari ini, dan menggunakannya dalam mengalakkan kanak-kanak membaca.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd